Profail

Darul Ulum Al-Furqani

pengenalan

Usaha-usaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan Islam yang tulin yang berteraskan Al–Quran dan As–Sunnah memerlukan satu penggembelingan tenaga semua lapisan masyarakat Islam sama ada ahli ekonomi mahupun para cendikiawan ke arah mendokong cita–cita dan semangat Islam.

Madrasah ini diwujudkan hasil cetusan fikir pelajar–pelajar madrasah di Pakistan dan beberapa orang tua di Malaysia sebagai pemangkin bagi lepasan madrasah tersebut untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam menyampaikan risalah Allah dan Rasulnya.

انَّمَا يَخْشَي الله مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءِ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang takut akan Allah s.w.t dari kalangan hamba-hambanya, hanyalah Ulama-Ulama.

Bagi tujuan itu,

Lot 111, Lorong 4, Kampung Tengah, Batu 13, 47100 Puchong Selangor Darul Ehsan.

telah menjadi tempat yang sesuai untuk maksud ini, sebagai tempat menghasilkan Ulama’ Warathatul Ambia’ dan para Dae’.   Bermula dari sinilah terbentuknya satu Lembaga Pentadbiran Dan Pengurusan bagi menjalankan tujuan ini.

Sejarah penubuhan

Tarikh Penubuhan Kota Bharu Kelantan

28th Feb 1999M bersamaan 12 Zulkaedah 1419H

Tarikh Penubuhan Puchong Selangor

28th Feb 2009M bersamaan 03 Rabiul Awal 1430H

Pengasas

ialah Al-Fadhil Ustaz Zamzami bin Mahmud Al-Hafiz

Peringkat awal Pondok Darul Ulum Al-Mahmudiyyah ditubuhkan pada 28th Feb 1999 atas nama Madrasatul Ulum Al-Islamiyyah dan bidang pengajian hanya tahfiz sahaja. Oleh kerana pelajar kami sudah banyak yang telah khatam penghafalan Al-Quran, maka kami telah bermesyuarat untuk menubuhkan bahagian pengajian kitab.

objektif

  • Melahirkan generasi Alim Ulama yang beramal dengan Al-Quran dan Hadis sekaligus sebagai Al-Quran bergerak.

  • Melahirkan generasi yang berdisiplin dan mempunyai semangat pengorbanan di atas Agama yang tinggi demi menyahut tuntutan agama masa kini.

  • Melahirkan  generasi  yang  bertanggungjawab  dalam  semua  aspek  dan  boleh  berdikari  dalam  menghadapi  arus  dunia  moden.

  • Melahirkan  generasi  yang  seimbang  dari  segi  mental, fizikal  dan  rohani.

  • Menonjolkan sistem pendidikan Islam yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

  • Membuktikan kepada masyarakat bahawa Pondok Darul Ulum Al-Mahmudiyyah mampu memberi sumbangan besar kepada agama dalam proses menegakkan Syiar Islam di muka bumi Allah Ta’ala.

  • Atas maksud inilah Pondok Darul Ulum Al-Mahmudiyyah akan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan masyarakat manusia supaya dapat menjadi hamba Allah yang diredhainya di dunia dan akhirat dengan menteladankan kehidupan sahabat-sahabat r.anhum yang telah mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Mereka itu telah mendapat tarbiah dan pendidikan dari kekasih kita junjungan Nabi Besar Muhammad S.A.W.

  • Adalah menjadi cita-cita dan azam kami bahawa dengan pertolongan dan bantuan Allah Yang Maha Kuasa, kami akan usaha wujudkan sistem An-Nabawi ini diseluruh dunia seperti mana yang wujud di bumi hindustan, yaitu sediakan diri kita untuk khidmat sepenuhnya kepada pelajar-pelajar agama .

Modul Pengajian

Darul Ulum Al-Furqani  merancang    untuk   mewujudkan   satu  sistem pengajian lengkap yang berteraskan  kepada  pembelajaran  Al–Quran dan Al–Hadis secara sistematik  bermula  daripada  peringkat  rendah  hingga  ke  peringkat  tinggi.

Suatu  perkara  yang unik  dalam  sistem  pengajian Darul Ulum Al-Furqani ini ialah ia lebih memberi penekanan kepada  konsep  penghafalan Al–Quran di  peringkat permulaan/rendah tanpa  mengetepikan  sistem  pembelajaran  asas  [3M]  iaitu  membaca, menulis dan  mengira  yang  merangkumi  sama  ada  tulisan  jawi/rumi.  Satu  buku rekod pencapaian  setiap  pelajar  disediakan  oleh  Unit  Ta’alim  dan  Tarbiah  untuk  merekodkan  segala  pencapaian  dan  kemajuan  para  pelajar  setiap tiga  bulan.   Buku  itu  akan  dihantar  kepada  setiap  ibu bapa  pelajar  untuk  perhatian  dan  ulasan  mereka.

Pada  tahap  berikutnya, para  pelajar  yang  telah  mahir  dengan  Al–Quran  akan  di dedahkan  kepada  pengajian  Ulum  Al–Syar’iyyah  di Darul Ulum Al-Furqani yang  meliputi  semua  cabang  ilmu–ilmu  Islam seperti;

Pengajian Tafsir Al-Quran dan Ulumnya
Pengajian Al-Hadis dan Ulumnya
Pengajian Al-Figh dan Usul Al-Figh
Pengajian Sirah An-Nabawiyyah dan Sejarah Islam

Ia  juga  merangkumi  pengajian  bahasa-bahasa  tertentu  untuk  memudahkan  para  pelajar  mendalami  ilmu  dan  berkomunikasi  apabila  berada  di luar  negara  kelak. Bahasa–bahasa  tersebut  ialah;

Bahasa Arab dan cabangnya
Bahasa Urdu
Bahasa Inggeris.

Penutup

Adalah menjadi cita-cita dan hasrat Darul Ulum Al-Furqani untuk muncul sebagai sebuah institusi pendidikan As-sunnah yang di urus secara sistematik, cekap dan berkualiti. Di samping itu, pihak kami juga bercita-cita untuk memberi perkhidmatan yang terbaik melalui sistem pendidikan Darul Ulum Al-Furqani yang berteraskan pengajian ilmu wahyu yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Untuk mencapai cita-cita dan hasrat ini, maka penggembelingan tenaga semua pihak merangkumi pihak Darul Ulum Al-Furqani, ibubapa, pihak swasta dan pihak kerajaan serta para dermawan adalah amat penting untuk merealisasikan cita-cita dan hasrat tersebut.

Pihak kami mengalu-alu sumbangan derma berupa wang zakat, atau sedekah jariah daripada semua pihak demi untuk kesinambungan sistem pendidikan Islam yang unggul di kalangan anak bangsa kita.

Semoga Allah s.w.t memberi ganjaran, pertolongan dan membuka seluas-luasnya taufik dan hidayah kepada para dermawan dalam memajukan usaha yang mulia ini.

guru al-furqani Kota Bharu

Barisan Guru & Kakitangan Darul Ulum Al-Furqani

guru al-furqani puchong

Barisan Guru & Kakitangan Darul Ulum Al-Furqani
Scroll to Top